Londan, 12 Julai 2014 - Vaksin terkini yang digunakan untuk merawat virus denggi hanya memberi perlindungan sederhana tetapi masih boleh membantu berjuta-juta orang mengelak kesan buruk daripada demam denggi, berdasarkan laporan percubaan baru-baru ini.
Tiada rawatan khusus untuk demam denggi yang gejalanya termasuk demam, sakit sendi yang teruk, sakit kepala dan pendarahan. Kira-kira separuh penduduk dunia berdepan dengan risiko demam denggi dengan hampir 100 juta orang menghidap masalah ini setiaptahun. terutama di kawasan Asia, Afrika dan Latin Amerika.
Gagal lawan virus
Hasil daripada percubaan vaksin pada tahun 2012 mendapati keberkesanan vaksin hanya mencapai 33 peratus dan ia gagal untuk melindungi daripada sejenis virus denggi yang kesemuanya mempunyai empat jenis. Sepatutnya vaksin itu dihasilkan untuk melawan keempat-empat jenis virus terbabit.
Kajian terkini yang dilakukan ke atas 10,000 kanak-kanak berusia dua hingga 14 tahun di Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Vietnam mendapati keberkesanan vaksin itu meningkat kepada 56 peratus.
Sedangkan kebanyakan vaksin yang sama digunakan untuk merawat penyakit demam campak dan polio mencecah hingga 95 peratus keberkesanannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan