Selasa, 17 Jun 2014

Vaksin denggi di pasar tahun depan

Singapura, 16 Jun 2014 - Vaksin denggi pertama di dunia dijangka sedia untuk digunakan akhir tahun depan dan Singapura mungkin menjadi negara pertama memperolehnya.
 
Perkembangan itu memang wajar kerana wabak berkenaan mudah berjangkit dan menjadi masalah di lebih 100 negara di seluruh dunia.
 
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), empat daripada 10 individu berisiko dijangkiti denggi.
 
 
Data agensi itu juga menunjukkan dua pertiga kes denggi dunia datang dari Asia dengan Asia Tenggara menjadi penyumbang utama. Syarikat pengeluar vaksin itu, Sanofi Pasteur berkata, ia akan dipasarkan di tempat yang paling memerlukannya, termasuk Asia Tenggara.
 
Ketua unit vaksin syarikat berkenaan. Dr Guillaume Leroy berkata, matlamat umum mereka ialah menangani penyakit berkenaan di tempat utama.
 
"Vaksin itu berjaya diuji di klinik di beberapa Asia," katanya.
 
Secara keseluruhan seramai 30,000 orang, termasuk 20,000 di Amerika Latin menggunakan vaksin berkenaan dalam tempoh percubaan itu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan