DIET yang betul mampu mencegah kelahiran bayi pramatang.
SATU penyelidikan oleh pengkaji dari Universiti Adelaide, Australia, Dr. Jessica Grieger mendapati, wanita yang mengamalkan diet makanan yang buruk semasa hamil berisiko melahirkan bayi pramatang.
Perkara tersebut terbukti hasil daripada ujian yang dilakukan ke atas 300 orang wanita hamil di Australia.
Didapati, 50 peratus daripada wanita yang mempunyai pola pemakanan yang teruk melahirkan bayi pramatang.
"Kelahiran pramatang merupakan salah satu penyebab kematian bayi yang baru lahir.
"Justeru itu, wanita hamil disarankan mengambil makanan yang sihat dan tinggi kandungan vitamin bagi memastikan bayi berada dalam keadaan sihat saat dilahirkan," jelasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan