BOSTON, 3 Jun 2014 - Ahli astronomi menemui planet berbatu terbaru di sebalik sistem solar dengan berat lebih 17 kali ganda berbanding Bumi dan saiz dua kali lebih besar, kata saintis hari ini.
Planet terbaru itu dipanggil "mega-Earth" berputar di sekeliling bintang Kepler-10, terletak kira-kira 560 tahun cahaya dari Bumi di buruj utara langit.
Penemuan itu diumumkan pada mesyuarat Persatuan Astronomi Amerika Syarikat di sini mencetuskan kejutan kerana bagaimana sebuah planet yang besar dan dipercayai terdapat sebahagian besar gas, tidak berbatu keras seperti Bumi atau Marikh - Reuters

Tiada ulasan:
Catat Ulasan