RIYADH, 27 Mei 2014 - Kementerian Kesihatan Arab Saudi merumuskan kes virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) kini semakin menurun di mana hanya empat kes baru dicatatkan tanpa melibatkan kematian.
Menurut jurucakap kementerian itu, penurunan kes dipercayai kerana kerajaan mengambil langkah yang tepat pada waktunya untuk membendung penyebaran penyakit berkenaan.
"Kes terbaru yang dilaporkan melibatkan tiga pesakit wanita berumur 25, 45 dan 32 tahun serta seorang lelaki berusia 44 tahun di Jeddah," katanya.
Awal bulan lalu, laporan dipetik dari Arab News, pemangku Menteri Kesihatan, Abdel Fakeih telah melancarkan kempen kesedaran terhadap virus pembawa maut tersebut dengan kerjasama Kesihatan Sedunia (WHO).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan