Menurut laporan survey Organisation for Economic Cooperation (Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan) terhadap 28 negara di dunia, 18% wanita menghabiskan lebih masa dari lelaki membuat kerja termasuklah kerja-kerja harian di rumah manakala 30% kaum lelaki menghabiskan masa melakukan kerja yang berbayar tetapi kurang melakukan aktiviti dan kerja harian di rumah. Dimana hal ini kita lihat sangat biasa di mana-mana negara sekalipun.
Di China , wanita menghabiskan masa sebanyak lapan jam lebih seminggu di dalam melakukan kerja-kerja rumah daripada suami, manakala orang lelaki menghabiskan purata tiga jam lebih kepada pekerjaan mereka.
Menurut laporan DailyMail, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan meletakkan England di tempat ke-19 daripada 28 dalam jadual kesaksamaan gender dalam kerja-kerja rumah. Dalam seminggu , wanita British menghabiskan purata 11 jam melakukan kerja di rumah berbanding suami mereka. Pasangan di negara-negara termasuk Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Finland, Estonia, Ireland, Hungary, Poland, Jerman, Sweden, Norway, Belanda, Portugal, Slovenia, Austria, Belgium dan Denmark semuanya membahagi tugasan kerja rumah yang lebih sama rata.
Sementara itu , Itali – yang mempunyai salah satu daripada kadar kelahiran paling rendah di dunia barat – mempunyai jurang gender yang terbesar dalam hal melakukan kerja rumah. Wanita Itali menghabiskan masa sehingga 21 jam lebih seminggu daripada orang lain dalam melakukan kerja rumah. Ia diikuti oleh Jepun (21 jam), India (18 jam), Sepanyol (15 jam), New Zealand, Turki dan Kanada (14 jam), Korea (13.5 jam) Mexico (13 jam) dan Perancis (12.5 jam) .
Secara purata, wanita menghabiskan 31.5 jam seminggu kerja tanpa berbayar manakala lelaki hanya 21 jam saja melakukan kerja yang tidak berbayar, tetapi melakukan kerja berbayar lebih dari wanita iaitu 33.7 jam berbanding wanita iaitu hanya 24.5jam.
Hal ini menunjukkan bahawa tanggungjawab yang besar untuk kerja-kerja rumah meninggalkan kesan secara langsung kepada keputusan wanita untuk bekerja di luar untuk membantu keluarga dan juga dalam isu pengukuhan ketidaksamaan jantina dalam akses kepada peluang pekerjaan dan sumber ekonomi. Ia juga membawa kepada masalah beban berganda dalam menggalas tanggungjawab menjaga keluarga yang boleh menyebabkan kekurangan masa dan tekanan, dengan kesan-kesan negatif terhadap kepuasan hidup dan kesihatan bagi wanita. Wanita juga lebih cenderung untuk tidak mempunyai masa untuk diri sendiri dan menyebabkan tekanan hidup.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan