Jumaat, 23 Mei 2014

Buli siber membimbangkan

Tindakan mengejek di Facebook boleh jejas emosi pelajar
Petaling Jaya, 23 Mei 2014 -  Gejala buli siber menerusi laman sosial Facebook yang menular dalam kalangan pelajar negara ini semakin membimbangkan kerana boleh menjejas kestabilan emosi mereka.
 
 
Pengarah Kanan Bahagian Jangkauan dan Penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Eneng Faridah Iskandar, berkata tindakan remaja mengejek, mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati dan mengguris perasaan rakan menerusi media sosial berniat untuk merendahkan keyakinan seseorang individu.
  
"Hasil kajian menunjukkan kebanyakan remaja gemar berkomunikasi menggunakan media sosial tetapi kurang memanfaatkannya untuk tujuan pembelajaran
 
Katanya, mengepos atau berkongsi gambar sumbang dan lucah juga dianggap kesalahan buli siber kerana ia boleh mengganggu emosi pembaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan