LONDON, 2 Mac - Satu tinjauan yang dijalankan baru-baru ini mendapati, 56 jutawan terkaya di dunia menetap di Britain dengan 30 daripada mereka tinggal di kota ini.
DailyMail Online yang memetik laporan Hurun Global Rich List melaporkan kebanyakkan jutawan ini merupakan warganegara asing yang berpindah ke negara ini kerana tertarik dengan cara hidup, kemudahan persekolahan swasta dan undang-undangnya.
Ia juga disebabkan kurangnya kawalan daripada segi pembayaran cukai dan kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa dalam menjalankan perrniagaan.
Antaranya jutawan baru warga Britain kelahiran Iran yang memiliki pegangan saham berjumlah 15 peratus dalam kelab bola sepak Arsenal iaitu Farhad Moshiri serta usahawan Indonesia Prakash Lohi.
Bagaimanapun, masih ada jutawan tempatan yang menetap di negara ini antaranya taikun tersohor iaitu Philip Green dan Richard Branson. – Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan