PARIS, 9 Feb. 2014 - Satu kajian mendapati, pengambilan yogurt dan keju rendah lemak boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit diabetes sebanyak satu perempat.
Dalam kajian tersebut, para penyelidik memantau cara pemakanan 3,500 responden di Norfolk, timur Britain.
Sepanjang 11 tahun kajian, peserta yang memakan produk tenusu rendah lemak yang mengalami proses penapaian seperti yogurt dan keju kotej, didapati mengalami pengurangan risiko sebanyak 24 peratus.
Yogurt dilihat boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit diabetes tersebut sebanyak 28 peratus.
Peserta yang mengalami pengurangan risiko tersebut dilihat memakan 125 gram yogurt sebanyak 4.5 kali setiap minggu.
Bagaimanapun, hanya produk tenusu rendah lemak yang mengalami proses penapaian sahaja dapat dilihat mengurangkan risiko tersebut.
Menurut keputusan kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Diabetologia itu, pengambilan produk penapaian yang tinggi lemak dan susu tidak mempunyai sebarang kesan.
Kajian tersebut tidak pula melihat mengapa produk tenusu rendah lemak yang mengalami proses penapaian mempunyai faedah itu. – Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan