Rabu, 26 Februari 2014

Unta punca MERS

Washington, 25 Feb. 2014 - Virus saluran pernafasan yang mengakibatkan puluhan maut di Timur Tengah mungkin menjangkiti manusia daripada unta.
 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan penyakit dikenali sebagai Sindrom Respiratori Timur Tengah (MERS) dipercayai mengakibatkan 79 daripada 182 orang dijangkiti maut sejak September 2012.
 
Tidak banyak diketahui mengenai penyakit itu dan cara ia menjangkiti manusia.
 
Namun penyelidik kanan Universiti Columbia, Ian Lipkin berkata, kajian menunjukkan virus itu lazim ditemui dalam unta.
 
"Kemungkinan besar unta punca utama jangkitan kepada manusia kerana dibela sebagai haiwan kesayangan atau untuk berlumba.
"Malah, daging unta juga dimakan jadi banyak peluang untuk virus itu berjangkit," katanya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan