Berikut kami kongsikan beberapa tips berjaga pada waktu malam yang diambil dari buku Petua Orang Tua-Tua Lama Dan Baru yang ditulis oleh Matlob yang telah dicetak pada tahun 1977 yang kedengaran agak pelik. Saja kami nak kongsikan bersama pembaca.
1. Kapur barus
Kapur barus hendaklah dicium beberapa kali. Bau kapur barus ini boleh menolong seseorang itu hilang rasa mengantuk ( memanglah hilang rasa mengantuk, kerana bau kapur barus mengingatkan kita tentang kematian )
2. Hati kelawar
Hati kelawar juga telah digunakan oleh orang zaman dahulu. Ia hendaklah diletakkan di atas pusat. Keistimewaan hati kelawar ini ialah boleh membantu seseorang dari tertidur. – ( mana nak dapat hati kelawar ni? Dah bayangkan hendak melapar burung kelawar semata-mata untuk mengambil hatinya! )
3. Bulu burung hantu
Bulunya juga membantu seseorang itu dari tertidur.
4. Bulu harimau akar
Bulunya juga boleh digunakan oleh orang tua-tua apabila mereka hendak berjaga malam. Cara menggunakannya ialah dengan meletakkan di telinga. ( mungkin tak sempat berjaga malam, telah di-ngap oleh harimau akar berkenaan! )
5. Demikian juga dengan air kopi keras yang tidak mempunyai gula. Ia boleh membantu seseorang itu berjaga malam. ( ini sahaja amalan yang dipraktikkan pada masa kini.. Tapi mungkin kopi yang ditambah gula )
* Sumber dari Wanista

Tiada ulasan:
Catat Ulasan