PETALING JAYA, 7 Feb. 2014 - Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan Malaysia mencatatkan peningkatan wabak denggi yang sangat serius iaitu 10,712 kes dan 19 kematian direkodkan berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata berdasarkan rekod yang ditunjukkan Selangor menduduki carta pertama iaitu sebanyak 5,636 kes dan enam kematian direkodkan.
"Ini satu peningkatan yang sangat serius dan memerlukan satu tindakan drastik bagi mengawal wabak terbabit yang mampu menyebabkan kematian," katanya ketika membuat lawatan di lokasi paling teruk terjejas akibat wabak denggi di Mentari Court di sini, sebentar tadi. – Berita Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan