Selasa, 18 Februari 2014

Lagi mati akibat MERS

Riyadh, 17 Feb. 2014 - Seorang lagi warga Saudi disahkan mati akibat virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), menjadikan jumlah kematian kerana wabak itu di negara berkenaan kepada 60.
 
Menurut laman web kementerian kesihatan, mangsa terbaru itu ialah pemuda berusia 22 tahun yang menderita penyakit kanser.
Saudi, negara paling teruk dilanda MERS mencatatkan 145 kes dan 60 daripadanya mati sejak virus dikesan pada September 2012.
 
Pakar masih berusaha untuk memahami wabak itu yang setakat ini belum mempunyai vaksin.
 
MERS dianggap berbahaya kerana membawa maut tetapi kurang bahaya berbanding dengan virus Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang melanda Asia pada 2003. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan