SETIAP manusia dijadikan oleh Maha Pencipta berpasang-pasangan. Di hati manusia mempunyai keinginan untuk memiliki sesuatu yang berlainan.
Cinta tumbuh dari hati. Cinta kepada manusia, cinta kepada Tuhan, cinta kepada masyarakat atau apa saja cinta ianya dari sanubari setiap individu.
Sekiranya manusia tiada perasaan kecintaan terhadap sesuatu, sudah tentulah mereka itu tidak berakhlak sewajarnya sebagai manusia.
Dalam kecintaan kepada manusia yang berlainan jantina, percayalah bahawa sesungguhnya hati kita bukan milik kita.
Hati kita milik ALLAH, yang membolak-balikkan hati setiap manusia.
Jika kita sayang kepada seseorang, janganlah kita habiskan perasaan sayang itu, tinggalkanlah sedikit ruang untuk diisi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Begitu juga jika kita benci sesuatu, jangan perhabis benci kepada sesuatu itu.
Percayalah, sesungguhnya kecintaan itu amat murni kerana ianya ikhlas dari hati sanubari.
Jangan dikotorkan kecintaan itu, lakukanlah menurut syariat. Pasti kebahagiaan akan menjelma di perjalanan kehidupan.
Akhir kata, salam sayang buat semua yang sudi membaca nukilan yang tidak seberapa ini.
* Oleh MOHAMMAD ALFI SAIM, 9 Februari 2014
* PENULIS MERUPAKAN SALAH SEORANG PENGUNJUNG KARNIVAL KARANGKRAF 2014 YANG MENJADI 'WARTAWAN SEHARI' DI BOOTH SINAR HARIAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan