DUA pakar kesihatan memberi amaran berhubung kesan buruk pelbagai bahan kimia industri termasuk ubat gigi mengandungi fluorida kerana ia didakwa boleh menjejaskan pertumbuhan otak kanak-kanak.
Philippe Grandjean dari Pusat Kesihatan Awam Harvard dan Philip Landrigan dari Pusat Perubatan Icahn New York memberitahu jumlah bahan kimia yang dikenal pasti menjejaskan otak budak meningkat sekali ganda dari enam pada 2006 kepada 12 pada masa ini.
Kajian baru diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Neurologi Lancet itu mendapati enam bahan berbahaya itu adalah mangan, fluorida, chlorpyrifos, dichlorodiphenyltrichloroethane (DDT), tetrachloroethylene (PERC) dan polybrominated diphenyl ethers (PBDEs).
"Kanak-kanak di seluruh dunia kini terdedah dengan bahan toksik yang sebenarnya turut menjejaskan otak dan memberi kesan kepada tingkah laku tanpa mereka sedari.
"Keadaan ini dikhuatiri mungkin lebih serius di negara membangun," jelas Landrigan, menurut laporan AFP. - 16 Februari 2014

Tiada ulasan:
Catat Ulasan