KAHERAH, 10 Feb. 2014 - Kementerian Kesihatan dan Populasi Mesir, hari ini mengumumkan, sebanyak 38 kematian ekoran wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi sehingga kelmarin.
Laman web akhbar Egypt Independent melaporkan kementerian itu dalam kenyataannya berkata, sebanyak 318 kes baru melibatkan virus tersebut turut direkodkan.
Jelas kenyataan itu, sebanyak 339,483 kes H1N1 direkod sejak awal Disember lalu dengan seramai 1,376 orang dimasukkan ke hospital berikutan penyakit itu.
Kementerian turut berkata, antara yang berisiko tinggi dijangkiti virus itu ialah wanita mengandung, kanak-kanak di bawah umur dua tahun, warga emas berusia lebih 65 tahun dan penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi serta kencing manis. - Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan