Khamis, 6 Februari 2014

24 maut dijangkiti selesema babi

Kaherah, 5 Feb. 2014 - Dua puluh empat orang mati akibat selesema babi di Mesir.
 
Pengarah perubatan pencegahan Kementerian Kesihatan Mesir, Amr Qandeel berkata 195 orang yang disyaki menghidap virus terbabit dimasukkan ke hospital sejak 1 Disember 2013. Sehingga ini, katanya, kes ini sudah merebak ke beberapa kawasan seperti Delta Nil dan Kaherah.
Dua doktor turut dijangkiti virus berkenaan tetapi mereka bukan antara yang mati. Pada 2009, selsema burung menjadi pandemik global memaksa pihak berkuasa Mesir membunuh 300,000 babi. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan