Khamis, 30 Januari 2014

Singapura perlu awasi internet

SINGAPURA, 29 Jan. 2014 - Undang-undang internet dilihat perlu dilaksanakan bagi menghalang tingkah laku buruk di dalam laman sosial dan memastikan mereka berkelakuan baik, kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam kenyataannya yang dikeluarkan, hari ini.
 
Ketika berucap pada satu forum di Universiti Teknologi Nanyang semalam, beliau berkata, laman sosial cenderung untuk meningkatkan risiko tindak balas melampau daripada orang ramai apabila berlaku insiden di negara ini yang didiami penduduk pelbagai ektnik.
Hsien Loong yang mempunyai 260,000 pengikut di dalam Facebooknya merujuk kepada beberapa insiden yang mencetuskan kemarahan tidak terkawal termasuk komen menghina rakyat Singapura yang dipos melalui laman sosial oleh seorang ekspatriat Britain, Anton Casey pada minggu lepas. - AFP
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan