SHANGHAI, 29 Jan. 2014 – Sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka yang menetap di Hangzhou, timur semenanjung Zhejiang menjadi mangsa terbaru dijangkiti virus selesema burung H7N9 di China, lapor agensi berita Xinhua.
Agensi berita itu melaporkan, ketiga-tiga mereka disahkan dijangkiti virus tersebut lewat petang semalam.
Bagaimanapun tiada maklumat lanjut diberikan dan pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat kes tersebut.
Wabak H7N9 mula dikesan pada Februari tahun lepas dan setakat ini sebanyak 110 kes telah direkodkan positif dengan 22 kematian dicatatkan. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan