BANGKOK, 2 Okt. 2013 - Permintaan yang tinggi terhadap tenaga di Asia Tenggara akan menyaksikan kos import minyak mentah melambung kepada AS$240 bilion (RM773.7 bilion) menjelang tahun 2035, lapor Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) semalam.
Perkembangan tersebut akan menyebabkan negara-negara rantau berkenaan mengalami kejutan kenaikan harga minyak
Menurut IEA, Asia Tenggara diramal menggunakan lebih lima juta tong minyak sehari pada 2035 untuk menjana pertumbuhan ekonomi.
Angka itu merupakan peningkatan dua kali ganda penggunaan masa kini.
IEA turut meramalkan, 10 anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu melabur AS$1.7 trilion (RM5.5 trilion) untuk infrastruktur berasaskan tenaga antara 2013 hingga 2035.
Agensi itu menyatakan, ASEAN akan menjadi pengimport minyak keempat terbesar di dunia selepas China, India dan Kesatuan Eropah menjelang tempoh tersebut.
"Peningkatan kebergantungan terhadap import minyak akan menyebabkan ekonomi ASEAN mengalami kos tinggi dan lebih berisiko berdepan gangguan bekalan," kata IEA. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan