KUALA LUMPUR, 12 September 2013 - Antara punca utama jenayah siber melibatkan pemilik kad ATM, telefon bimbit, e-mel dan laman sosial adalah disebabkan sikap suka berkongsi nombor pin dan kata laluan.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Keselamatan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Rafidah Mat Isa, ini berlaku berikutan kecuaian dan kurang tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat.
"Kebanyakan kes fraud (tipu) yang berlaku adalah disebabkan kecuaian pengguna.
"Peraturan saja tak cukup untuk mengurangkan fraud, ia perlu pendidikan dari segi mempertingkat kesedaran," katanya pada majlis diskusi panel sempena Cybersec Asia 2013 berhubung jenayah siber di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Beliau menarik perhatian bahawa walaupun pelbagai notis diletakkan umpamanya di mesin ATM mengingatkan pelanggan bank supaya berhati-hati tentang nombor pin mereka, namun ini seolah-olah tidak diambil peduli oleh ramai pengguna. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan