Kuala Lumpur, 20 Sep. 2013 - Sempena Hari Tanpa Kereta Sedunia pada Ahad ini, warga kota diminta tidak memandu kenderaan masing-masing sebagai usaha memelihara alam sekitar.
Bandar raya Kuala Lumpur buat julung kalinya menyertai bandar dan negara lain di serata dunia menjayakan kempen bagi mengurangkan kesan pencemaran udara yang disebabkan pembebasan asap kenderaan itu.
Perlumbaan kriterium
S |
ehubungan itu, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) akan mengadakan perlumbaan kriterium mulai jam 7 hingga 9 pagi di laluan sepanjang laluan empat kilometer (km).
Timbalan Presiden MNCF, Datuk Naim Mohamad, berkata Jalan Dang Wangi, Ampang, P Ramlee, Raja Chulan, Bukit Bintang dan Sultan Ismail akan ditutup bagi melancarkan perlumbaan berkenaan.
“Orang ramai pula boleh melakukan aktiviti berbasikal, berlari dan berjalan di sepanjang jalan ini yang ditutup sehingga jam 11 pagi, ” katanya ketika dihubungi, semalam.
Naim berkata, selain memupuk kesedaran menjaga alam sekitar, kempen itu juga bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.
Kempen sehari
“S |
ebagai permulaan, kita adakan kempen untuk tempoh sehari dan bila sambutan yang diterima semakin memberangsangkan, mungkin kita boleh menganjurkannya setiap bulan atau setiap minggu.
“Kita harap menerusi kegiatan seumpama itu, masyarakat akan lebih prihatin dengan tanggungjawab mereka untuk mewariskan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat untuk generasi akan datang, ” katanya. - BH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan