Rabu, 11 September 2013

3 lagi korban MERS di Arab Saudi

RIYADH, 9 Sept. 2013 - Sekurang-kurangnya tiga orang lagi meninggal dunia di sini semalam selepas dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS), menjadikan jumlah keseluruhan korban penyakit itu meningkat kepada 47 orang di negara ini.

Kementerian Kesihatan berkata, seorang lelaki Arab berusia 74 tahun meninggal dunia di Madinah selepas dijangkiti virus daripada orang lain.

 

Seorang pekerja asing dalam sektor kesihatan turut meninggal dunia di Madinah, manakala seorang warga tempatan berusia 53 tahun yang menderita penyakit kronik meninggal dunia di Riyadh, kata laman web kementerian tersebut.

 

Pihak berkuasa juga mengumumkan lima kes baru jangkitan virus korona, termasuk seorang lelaki Arab berusia 18 tahun, dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dari Hafr Al-Baten, di timur laut Arab Saudi. - Agensi

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan