Isnin, 1 Julai 2013

Saudi mula puasa 10 Julai

Riyadh, 1 Julai 2013 : Penduduk Arab Saudi dijangka mula berpuasa 10 Julai depan memandangkan bulan Syaaban akan berlarutan selama 30 hari tahun ini.

 

Pakar astronomi negara itu, Dr Ali Al Shukri berkata bulan Syaaban akan menghilang pada 8 Julai sejurus selepas matahari terbenam dan tidk mungkin ia dilihat di Makkah semula pada hari yang sama.

 

“Bulan baru boleh dilihat semula menggunakan teleskop di tengah dan selatan Amerika tetapi tidak mungkin dapat dilihat di Arab Saudi pada hari sama.

 

“Ini bermakna bulan akan dilihat dengan mata kasar pada petang 9 Julai, hari terakhir Syaaban dan Ramadan akan bermula pada 10 Julai,” katanya.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan