Antara contoh perbezaan produk tiruan (kiri) dengan produk sebenar. - Foto Nurul Shafina Jemenon/bh]
KUALA LUMPUR, 03 Julai 2013 - Penjualan produk kecantikan dan makanan kesihatan tiruan semakin berleluasa di pasaran tempatan sehingga mengakibatkan kesan sampingan kepada pengguna.
Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Profesor Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya, berkata pengguna cenderung membeli produk tiruan kerana ditawarkan dengan harga yang lebih murah.
Undang pelbagai penyakit
N |
amun, katanya, kajian bersama Kementerian Kesihatan mendapati lambakan produk tiruan ini mengandungi bahan yang boleh mengundang penyakit seperti radang kulit, ketidakstabilan hormon, kegagalan buah pinggang dan sakit perut. "
“Kita menerima kira-kira 150 kes membabitkan pemalsuan produk kecantikan dan makanan kesihatan sejak tahun lalu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Pengurus Pentadbiran Raffelinna Marketing Sdn Bhd, Nur Fazillah Mohd Ali, berkata dua produknya ditiru dan dijual dengan harga lebih murah sebelum sempat dipatenkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan