Isnin, 1 Julai 2013

Bufet Ramadan hotel mesti ada logo halal

Kuala Lumpur, 1 Julai 2013 : Hotel di seluruh negara yang tiada perakuan dan penandaan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau majlis agama Islam negeri (MAIN), tidak dibenar menganjurkan bufet Ramadan.

 

Mengikut laman web Halal Malaysia di www.halal.gov.my, larangan itu mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang berkuat kuasa 1 Januari tahun lalu.

 

Melalui perintah ini, logo halal dan ungkapan halal, contohnya; ditanggung halal, makanan orang Islam, bufet Ramadan dan lain-lain lambang Islam yang boleh mengeliru dan memperdayakan orang Islam adalah dilarang.

Denda guna logo lain

P

ertubuhan atau perbadanan yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda RM200,000 dan RM500,000 bagi kesalahan kedua serta berikutnya.

 

Bagi bukan pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan.

 

Denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula akan dikenakan bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

 

Dalam pada itu, mengikut laman web sama, mulai hari ini, JAKIM akan mewajibkan semua permohonan baru pensijilan halal Malaysia dalam kategori multinasional untuk melaksanakan Sistem Jaminan Halal sebelum membuat permohonan pengesahan halal.

 

Bagi permohonan sedia ada dalam kategori berkenaan, diberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk mewujud dan melaksanakan sistem berkenaan.

 

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata masyarakat Islam hendaklah mengelak berbuka puasa di hotel atau restoran yang tidak memperoleh perakuan atau pensijilan halal.

 

Masyarakat Islam harus berwaspada dengan tawaran yang mengelirukan status halalnya, katanya ketika dihubungi semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan