Selasa, 2 Julai 2013

Antiretroviral boleh cegah HIV

KUALA LUMPUR, 02 Julai 2013 - Lebih tiga juta kematian seluruh dunia dapat dielakkan menerusi pelaksanaan bersepadu garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam mencegah dan merawat jangkitan virus HIV.

 

Garis panduan itu yang menjelaskan dengan terperinci penggunaan dadah antiretroviral juga diyakini mampu mencegah sekurang-kurangnya 3.5 juta kematian baru di seluruh dunia.

Kadar keberkesanan tinggi

P

engarah Jabatan HIV/AIDS WHO, Gottfried Himschall, berkata terapi antiretroviral jika dilaksanakan sejak awal memiliki kadar keberkesanan yang sangat tinggi sekali gus membolehkan pesakit menikmati kehidupan yang bermakna.

 

Tidak hanya berkesan ke atas pesakit, Himschall berkata panduan yang diberikan turut membolehkan pesakit menjalani kehidupan berkeluarga dengan baik.

 

Mereka bukan hanya melindungi diri sendiri, tetapi turut melindungi pasangan dan anak-anak. Bagi pasangan yang berkeluarga, mereka boleh melakukan aktiviti seksual tanpa perlu risau terhadap kemungkinan suami atau isteri mereka dijangkiti virus HIV, katanya pada majlis pelancaran Garis Panduan Penggunaan Dadah Antiretroviral Untuk Merawat dan Mencegah HIV/AIDS, di sini, semalam.

 

Pelancaran itu dilakukan sempena Persidangan Pertubuhan AIDS Antarabangsa 2013 di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan