Jumaat, 28 Jun 2013

Salah AS, Snowden terlepas

HONG KONG, 27 Jun 2013 - Kesilapan Amerika Syarikat memberi nama tengah Edward Snowden menyebabkan bekas perisik itu terlepas, kata pegawai Hong Kong.

 

Mereka berkata, wujud perbezaan nama tengah dalam rekod yang diberi Amerika untuk menahan pegawai Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA).

 

Setiausaha Kehakiman, Rimsky Yuen berkata, rekod imigresen Hong Kong mencatat nama tengah Snowden sebagai Joseph.

 

Tetapi, kerajaan Amerika menggunakan nama James dalam dokumen tertentu atau Edward J Snowden dalam fail lain.

 

"Nama-nama itu berbeza, jadi ia perlukan penjelasan", kata Yuen. Selain itu, Amerika juga tidak memberi nombor pasport Snowden.

 

Snowden bersembunyi di Hong Kong selama beberapa minggu selepas mendedahkan program rahsia pengintipan Amerika.

 

Hong Kong membenarkannya berlepas ke Moscow, Ahad lalu, atas alasan permintaan Amerika untuk menahan Snowden tidak memenuhi syarat.

Di MOSCOW, Snowden memulakan hari kelimanya di sebuah lapangan terbang di sini semalam, dengan rancangan perjalanannya masih satu misteri.

 

Ecuador beri amaran

E

cuador pula memberi amaran ia mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk mempertimbangkan permohonan suakanya.

 

Snowden tidak dilihat sejak tiba di sini Ahad lalu dan masih dalam zon transit di lapangan terbang Sheremetyevo.

 

Dia tidak melanggar undang-undang Russia. Dia berada dalam zon transit lapangan terbang dan boleh pergi ke mana saja dia mahu, kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavros.

 

Amerika sudah membatalkan pasport Snowden dan memberi tekanan ke atas Moscow supaya menyerahkannya.

 

WikiLeaks mendakwa, Snowden meninggalkan Hong Kong dengan satu dokumen pelarian dibekalkan Ecuador namun Quito berkata ia masih mengkaji permohonan suakanya. - AFP/AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan