Rabu, 19 Jun 2013

Pengguna terdedah ancaman siber

SHAH ALAM, 19 Jun 2013 - Penggunaan internet tanpa had boleh mendedahkan masyarakat kepada pelbagai bentuk ancaman siber.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab,  perkara itu boleh dielakkan melalui penyebaran ilmu pengetahuan dan kesedaran mengenai keselamatan siber, terutama di kalangan generasi muda.

 

“CyberSecurity Malaysia sedar bahawa generasi muda amat gemar melayari media sosial.  Justeru, kami  adakan inisiatif melalui  laman  media sosial  agar dapat mendekati generasi muda (di bawah umur 25 tahun) untuk  kami sebarkan ilmu pengetahuan mengenai keselamatan siber kepada mereka.

 

“Gejala yang tidak bermoral serta salah laku hasil daripada penggunaan internet di alam siber telah mengundang kebimbangan pelbagai pihak, termasuklah kerajaan,” katanya pada majlis meraikan pemenang pertandingan mereka cipta poster, video dan kuiz keselamatan siber yang diadakan di Menara Kuala Lumpur. - Sinar Harian

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan