Jumlah orang asing di Jerman hanya 7.7 peratus daripada jumlah populasi
BERLIN, 1 Jun 2013 - Satu bancian penduduk di Jerman mendapati jumlah sebenar penduduk negara ini adalah kurang 1.5 juta orang daripada yang dijangkakan sebelum ini.
Ini adalah banci pertama diadakan semenjak penyatuan semula pada tahun 1990.
Setakat ini, Jerman masih menggunakan bancian lama yang berlaku di Jerman Barat pada tahun 1987 dan bekas jajahan komunis Jerman Timur pada tahun 1981.
Data baru ini menunjukkan bahawa penduduk sebenar Jerman seramai 80.2 juta orang, lapor Agensi Persekutuan Tempatan.
Banci ini telah diadakan pada 9 Mei 2011. Berdasarkan banci baru ini, turut didapati jumlah pemegang pasport asing yang tinggal di Jerman setakat ini hanyalah dibesar-besarkan sahaja.
Hakikatnya, jumlah warga asing di negara ini adalah seramai 6.2 juta atau 1.1 juta kurang orang daripada penduduk Jerman.
Angka ini hanya 7.7 peratus daripada jumlah penduduk negara itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan