S |
eorang nenek di Texas Amerika Syarikat yang kini berusia 105 tahun mendedahkan rahsia panjang umurnya. Nenek bernama Pearl Cantrell yang mempunyai tujuh orang anak dan semuanya telah meninggal ini mengatakan bahawa kerana mengambil Bacon maka dirinya boleh panjang umur.
“Saya menyukai bacon. Saya memakannya setiap hari. Saat ini saya tidak merasa setua seperti umur saya saat ini. Itu saja yang dapat saya ungkapkan,” ungkap Pearl ketika berbicara pada NBC.
Bacon sendiri adalah jenis daging yang dihiris nipis memanjang. Biasanya Bacon adalah daging babi ataupun daging lembu. Umumnya di negara barat, Bacon berada dalam kategori daging babi. Walaupun beberapa penyelidik yang mendedahkan kesan negatif akibat mengambil banyak daging, namun Pearl nampaknya terus menjalankan dietnya dengan mengambil daging tersebut.
Sebuah kajian dari University of Zurich yang diterbitkan oleh jurnal BMC Medicine di bulan Mac mendapati bahawa mengambil daging merah boleh menjadi faktor risiko untuk kematian awal. Kajian yang sama juga mendapati bahawa makan terlalu banyak daging meningkatkan risiko kanser usus.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan