Isnin, 17 Jun 2013

'Orang kaya berjiwa Islam kurang'

Kuala Lumpur: “Orang Islam yang kaya di Malaysia ramai, tapi yang berjiwa Islam itu kurang, sebab itu apa dilakukan ahli korporat ini jangan kita salah tafsir atau salah gunakan,” kata pakar motivasi Dr Rubiah Hamzah.

 

Beliau yang juga penceramah bebas berkata demikian mengulas keluhuran budi seorang ahli korporat yang menaja 120 orang termasuk 35 artis menunaikan umrah tanpa mahu dirinya dikenali mahupun dihebahkan.

Menurutnya apa yang dilakukan ahli korporat itu adalah untuk zakatnya selain mencermin anjakan paradigma menunjukkan orang tidak lagi mengumpul harta syurga dunia, sebaliknya menempah tiket akhirat menerusi kekayaan dimiliki.

 

“Hari ini kesedaran masyarakat semakin tinggi, orang tidak lagi menaja melancong ke mana-mana tempat melainkan umrah, malah syarikat juga tidak lagi memberi bonus dalam bentuk duit atau barangan tetapi umrah,” katanya.

 

Metro Ahad semalam melaporkan ahli korporat itu enggan dikenali termasuk jemaah ditaja mengerjakan umrah kebanyakannya artis veteran dan tidak pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. - Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan