Sabtu, 8 Jun 2013

Mangsa maut virus MERS meningkat kepada 31

NEW YORK, 8 Jun 2013 -  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) secara rasmi mengumumkan kes kematian di Arab Saudi akibat virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah  (MERS)  meningkat kepada 31.

Dalam satu kenyataan semalam, pertubuhan itu berkata, mangsa terbaru merupakan lelaki berusia 83 tahun dari wilayah Al-Ahsaa.

 

Warga emas itu jatuh sakit pada 27 Mei dan meninggal dunia pada 31 Mei.

 

“Di peringkat global, dari bulan September 2012 hingga kini, WHO dimaklumkan daripada sejumlah 55 kes disahkan mendapat virus MERS dengan 31 kematian,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Menurut WHO lagi, setakat ini 41 kes virus itu disahkan di Arab Saudi dengan jumlah kematian 26.

 

Virus ini seakan-akan dengan virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang pernah mencetuskan kebimbangan global sekitar tahun 2003 dan meragut sehingga 800 nyawa.

 

Sama seperti SARS, MERS akan menyebabkan jangkitan paru-paru, pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas, batuk tetapi sedikit berbeza kerana ia akan menyebabkan pesakit mengalami kegagalan buah pinggang yang teruk.

 

Pegawai kesihatan turut menyatakan kebimbangan mereka di atas kadar kematian semakin meningkat dan berpendapat virus MERS ini boleh mencetuskan krisis global yang baru jika ia tersebar dengan pesat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan