Selasa, 11 Jun 2013

Lagi produk mengandungi asik maleik

PUTRAJAYA, 11 Jun 2013 - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi produk makanan dari Taiwan mengandungi asid maleik iaitu ‘round balls each a cup’ yang diimport Syarikat Centrepoint Limited, Taiwan.

 

Sehubungan itu, kementerian sudah mengarahkan pengimport dan produk, iaitu Syarikat Each-A-Cup- Sdn Bhd supaya menarik balik produk makanan yang mempunyai tarikh luput 3 Julai ini dari pasaran dan melupuskan makanan itu.

 

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Noraini Mohd Othman berkata, pihak industri yang menggunakan produk berkaitan juga dinasihatkan memberhentikan penggunaan produk itu.

 

“Pengguna yang sudah membeli produk makanan itu dinasihatkan memulangkannya kembali kepada penjual atau membuangnya.

 

“Bagaimapun, pengguna yang sudah memakan produk itu sebelum ini tidak perlu bimbang kerana pengambilan asid maleik yang sekali sekala pada paras rendah tidak memudaratkan kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

 

Noraini berkata, sehingga kini 106 sampel produk makanan merangkumi tapioca balls atau tapioca pearls, mee dan mihun kering serta tapioca starch yang diambil dari pasaran tempatan sudah dianalisis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan