N |
ABI Musa sering naik ke Bukit Tursina jika mahu bermunajat kepada ALLAH SWT, di sana Baginda akan mengajukan sebarang persoalan dan akan dijawab olehNya ketika itu juga. Nabi Musa bertanya siapakah jirannya di syurga kelak? lalu ALLAH menjawab dengan memberikan nama dan tempat tinggal hambaNya.
Bertemulah Musa dengan individu tersebut, sebaik memberi salam Baginda dipelawa masuk, tetapi tidak dilayan tuan rumah. Nabi Musa melihat lelaki muda itu mengendong seekor khinzir betina dengan cermat. Terkejut Nabi Musa. Khinzir betina itu dimandikan sehingga wangi, dibilas dipeluk dan dicium. Lelaki itu turut melakukan perkara yang sama terhadap khinzir jantan. Dia melakukan dengan penuh kasih sayang.
Tanpa segan Nabi Musa bertanya “Wahai saudara, apakah agamamu?”
lelaki itu menjawab “Agamaku Tauhid (Islam)”.
“Tidakkah kamu tahu agama Tauhid tidak membenarkan kita berbuat demikian?” jelas Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba yang bijaksana, sebenarnya kedua ekor khinzir itu adalah ibu bapa kandungku, mereka melakukan dosa besar sehingga ALLAH menukar rupa menjadi hodoh sebegini, soal dosa mereka dengan ALLAH itu bukan urusanku. Yang penting aku tetap melaksanakan tugasku sebagai anak,” ucap orang muda itu.
“Hari-hari aku berdoa kepada ALLAH supaya dosa mereka diampunkan dan wajah mereka dikembalikan kepada rupa asal,” tambah pemuda itu lagi.
ALLAH menurunkan wahyu kepada Nabi Musa: “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya kepada ibu bapanya. Walaupun bertukar rupa menjadi binatang yang haram disentuh dia berbakti juga. Kami naikkan kedudukannya sebagai anak soleh. dia telah berada di kedudukan anak yang soleh. Tempat kedua ibu bapanya Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke syurga.”
*Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUNYA (SYAHIDATUL.AKMAL@SINARHARIAN.COM.MY), Sinar Harian, 7 Jun 2013

Tiada ulasan:
Catat Ulasan