Selasa, 11 Jun 2013

Kenalilah Erti Ini....

Kekecewaan  mengajar  kita  erti  kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

 

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan  hidup.  Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

Orang-orang  yang  paling  berbahagia  tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

 

Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan

 

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada  orang  yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan