Isnin, 24 Jun 2013

Gergasi laut diancam kepupusan

P

AUS merupakan hidupan laut yang makin terancam. Hidupan ini juga kian pupus akibat kerakusan manusia dalam memburu siripnya yang mempunyai harga tinggi di pasaran global.

 

Ø  Di Iceland menetapkan kuota 184 sirip paus berpotensi untuk dibunuh. Ironinya, aktiviti penangkapan paus ini menyumbang kepada kepupusan mamalia tersebut.

 

Ø  Suruhanjaya Pemburuan Paus Antarabangsa (IWC) merekodkan, sebanyak 750,000 mamalia marin ini terbunuh dalam lautan di seluruh dunia setiap tahun.

 

Ø  Negara terlibat dalam pemburuan paus ini termasuklah Norway, Iceland dan Jepun.

 

Daging paus makanan mewah

 

Ø  Daging  dan sirip paus banyak dijual di Jepun sebagai makanan mewah anjing.

 

Ø  Sebuah syarikat di Tokyo menawarkan makanan mewah anjing yang diperbuat daripada daging paus Atlantik Utara itu dikatakan mempunyai kalori dan kandungan lemak rendah serta kaya dengan protin.

 

Ø  Dianggarkan, ketika ini populasi haiwan itu tidak sampai 2,000 di perairan Antartik. Menurut saluran National Geographic, di timur Pasifik, populasi paus biru satu ketika dahulu pernah mencecah 10,000 ekor.

 

Ø  Namun kini spesies terbabit didakwa hanya mempunyai sekitar 2,000 ekor sahaja. Antara habitat haiwan gergasi ini adalah di perairan pantai Australia Barat, Australia Selatan,  Antartik, Filipina dan Jepun.

 

Ø  Di Filipina, paus sinonim dengan negara itu adalah paus kelabu yang turut dikenali sebagai paus jerung.

 

Ø  Haiwan gergasi seberat 30 tan namun tidak bersifat agresif dan banyak digunakan untuk tujuan eko pelancongan.

 

Ø  Paus jenis ini mendiami perairan itu mulai Januari hingga Jun bagi mendapatkan makanan.

 

Ø  Pengarah Eksekutif Konservatif Antarabangsa Filipina, Romeo Trono berkata, program ekopelancongan banyak menyelamatkan paus jerung daripada diburu.

 

Pemburuan gergasi laut

 

Ø  Tahukah anda, paus mendapat seksaan paling kejam di tangan manusia sebelum  daging dan siripnya dilapah?

 

Ø  Paus ditembak selepas dinaikkan ke bot bagi memastikan ia benar-benar mati.

 

Ø  Bagi pemburu paus di Jepun, senario ini merupakan pemandangan biasa sebelum proses melapah daging dimulakan.

 

Ø  Menurut kajian, tradisi memakan daging paus wujud sejak abad ke-12. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, permintaan terhadap daging mamalia ini semakin meningkat.

 

Ø  Kebanyakan restoran, hidangan paus bukanlah sesuatu luar biasa. Ia menjadi makanan eksotik kegemaran penduduk dari Negara Matahari Terbit itu.

 

Ø  Paus bukan saja dimakan malahan, bahagian paus yang lain turut dijadikan sumber minyak.

 

Ø  Sehubungan itu, IWC  mengharamkan pemburuan paus di Jepun pada 1986 hingga 1987.

 

Ø  Walaupun akur dengan pengharaman tersebut, Jepun masih berdegil memburu mamalia itu atas dasar melakukan penyelidikan.

 

Ø  Perkara ini mendapat tentangan daripada pihak Barat terutamanya dari Amerika Syarikat (AS) dan Australia.

 

Ø  Mereka melihat aktiviti tersebut lebih kepada pemburuan komersial.

 

Ø  IWC kini mempunyai 90 negara anggota terlibat dengan pemburuan haram.

 

Ø  Sehingga 2008, Norway membenarkan 1,052 paus jenis minke untuk diburu dan diproses menjadi daging komersial. Negara itu juga dikatakan membunuh lebih 8,100 paus sejak larangan penangkapan paus bermula pada 1986.

 

Ø  Jepun pula memburu kira-kira 1,415 ekor paus pada 2008 atas alasan sebagai kajian saintifik. IWC mengutuk keras tindakan Jepun dan menggesa negara itu segera menghentikan tindakan kejam mereka ke atas mamalia laut itu.


*Oleh NURUL AINI MOHAMED ALI, Sinar Harian, 24 Jun 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan