Khamis, 20 Jun 2013

Facebook tarik sejuta pengiklan

SAN FRANCISCO, 20 Jun 2013 - Facebook semalam berkata, lebih sejuta perniagaan kini diiklankan di rangkaian sosial utama itu.

 

“Saya tahu pemilik perniagaan seperti ini melaburkan wang dan masa mereka mengendalikan syarikat mereka,” kata Dan Levy dari Facebook dalam mesej di blog itu merujuk kepada pengiklan seperti Kementerian Peruncitan Singapura dan peruncit Springwools di Ireland.

 

“Jadi, hari ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka dan kepada lebih satu juta perniagaan yang menjadi pengiklan aktif,” katanya.

Lebih daripada setahun selepas mimpi buruk penawaran saham, Facebook masih mempunyai penyokong setia dan pengkritik. Rangkaian sosial terbesar dunia itu kini mempunyai lebih 1.1 bilion pengguna berjaya melonjakkan pendapatannya sejak tawaran penyenaraian awam (IPO), termasuk daripada platform mudah alihnya yang penting untuk menangani kritikan. Penawaran IPO pada 18 Mei tahun lalu.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan