COCA-Cola, Apple, Samsung dan Google berjaya mendapatkan skor tinggi untuk kekuatan jenama dalam kaji selidik 60 jenama global di 12 rantau di Asia, kata Nikkei BP Consulting Inc.
Syarikat berkata keputusan kaji selidik Brand Asia 2013 yang dikeluarkan pada 20 Mei itu menunjukkan yang Coca-Cola paling menonjol di Jepun, diikuti di tempat kedua di Filipina, keempat di India dan Korea Selatan dan kelima di Thailand.
"Apple muncul pertama di Singapura dan China dan menduduki dalam kelompok 10 utama di Taiwan, Korea Selatan dan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Samsung pula di tempat pertama di Korea Selatan dan ketiga di Singapura tetapi turut mengekalkan penonjolan kukuh di Myanmar, Vietnam, India dan Malaysia, katanya sambil menambah yang Google muncul pertama di Taiwan dan turut cemerlang di Singapura, Vietnam dan Malaysia.
Nikkei BP Consulting terlibat dalam perundingan dan pemasaran/penyelesaian berkaitan kandungan, termasuk pelaksanaan kaji selidik dan perundingan, perancangan dan penyuntingan dan pengeluaran. - Bernama, 12 Jun 2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan