Selasa, 4 Jun 2013

China hantar tiga angkasawan

BEIJING, 4 Jun 2013 - China akan menghantar tiga angkasawan ke angkasa lepas bulan ini untuk mendarat di sebuah stesen eksperimen angkasanya.

 

Agensi berita Xinhua melaporkan, kapal angkasa Shenzhou-10 sudah memasuki peringkat persiapan terakhir untuk dilancarkan pertengahan bulan depan.

Pesawat itu akan mendarat di makmal angkasa, Tiangong-1, menjadikan misi berkenaan langkah penting ke arah matlamat China membina sebuah stesen angkasa lepas lengkap yang berupaya menempatkan angkasawan untuk tempoh yang lama.

 

Angkasawan terbabit akan ‘mengajar sekumpulan pelajar menerusi video’ ketika dalam orbit selepas mereka dilancarkan dari sebuah pangkalan di barat laut China.

 

China ketinggalan dalam industri angkasa lepas berbanding Amerika Syarikat dan Russia. Bagaimanapun, ia mempunyai cita-cita untuk program angkasa lepasnya, termasuk menghantar rakyatnya ke bulan dan membina sebuah stesen mengelilingi bumi menjelang 2020.

 

China mula menghantar rakyatnya ke angkasa lepas pada 2012. Shenzhou-9 yang dilancarkan tahun lalu menjadi misi angkasa lepas paling lama negara itu dan mencapai kejayaan penting kerana turut disertai seorang angkasawan wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan