Sabtu, 8 Jun 2013

Berus bulu babi

Johor Bahru, 7 Jun 2013 - Pelbagai jenis berus yang diperbuat daripada bulu babi masih digunakan secara meluas di gerai menjual makanan sekitar bandar raya ini terutama peniaga bebola kaya.

 

Difahamkan, penggunaan berus itu bagi menambah keenakan dan aroma bebola kaya hingga lebih laris di pasaran sedangkan makanan yang menggunakan bulu babi haram dimakan umat Islam.

 

Berus bulu babi didapati lebih keras dan bercabang pada bahagian hujungnya.

 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor (JAJ) Yosree Ikhsan berkata, tinjauan pihaknya di beberapa kedai menjual bebola kaya di bandar raya ini mendapati peniaga dan pekerja bebas menggunakan berus diperbuat daripada bulu babi.

Menurutnya, pihaknya mendapati kebanyakan berus digunakan diimport dari China dan Taiwan.

 

Katanya, lebih mengejutkan ia mempunyai label yang tertera ‘bulu tulen’.

 

“Apabila disoal, peniaga mahupun pekerja berkenaan menyatakan tidak sedar perkara berkenaan.

 

“Namun, kami kurang pasti sama ada perbuatan itu disengajakan atau tidak kerana perkara berkenaan adalah kesalahan dan sensitif kepada pelanggan terdiri daripada umat Islam,” katanya.

 

Yosree berkata, mengikut statistik bermula 2010 hingga Mei 2013, 205 berus yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia didapati positif bulu babi.

 

“Pada 2010, jabatan menyita 35 berus dari pelbagai premis perniagaan dan siasatan membuktikan semua berus itu dibuat daripada bulu babi.

 

“Pada 2011, 33 berus diuji dan didapati positif bulu babi.

 

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 110 berus dirampas dan didapati positif bulu babi, manakala mulai Januari hingga Mei lalu, sebanyak 27 berus disita dan ia didapati positif bulu babi,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan