Isnin, 17 Jun 2013

Awas! Ketagihan teknologi dan internet boleh membunuh kerjaya anda

D

engan perkembangan teknologi semasa yang sangat pesat, bukan hanya pekerjaan, bahkan kehidupan tidak boleh dipisahkan dari teknologi terkini dan juga internet. Namun kerana begitu kuatnya perkembangan dan pengaruh teknologi saat ini, sebahagian orang mengalami “ketagih teknologi.”

 

Ketagihan teknologi ini sangat mudah dilihat, mereka tidak boleh melepaskan tangan mereka dari peranti telefon pintar, bekerja sambil menghantar mesej singkat, bahkan selalu berhubung di media sosial bila-bila masa dan di mana-mana. Bila akses kepada teknologi terputus seperti bateri habis, atau akses data telah habis, seseorang yang ketagihan tehnologi merasa tidak selesa dan tidak keruan.

 

Malangnya, teknologi yang dimaksudkan untuk membuat seseorang semakin efektif dan produktif saat ini malah banyak membuat para pekerja tidak produktif kerana mengalami masalah ketagihan teknologi ini.

 

Pekerjaan menjadi semakin lambat kerana fikiran seorang pekerja menjadi multitasking antara pekerjaan dan panggilan mesej singkat atau mengemas kini status di  laman sosial . Bahkan saat  ini, banyak orang tidak boleh memberi tumpuan kerana di tangannya ada telefon pintar  sekalipun dalam mod senyap (silent).

Jika tidak berhati-hati, cepat atau lambat pasti produktiviti menurun dan majikan anda pun akan menyedari ada ‘kebocoran’ atau kurang tumpuan dalam sistem kerja yang ada. Memang saat ini telefon dalah sesuatu yang peribadi, namun jika hal tersebut sudah mengganggu pekerjaan anda, maka tidak mustahil pihak pengurusan syarikat akan membuat dasar khusus untuk menangani hal ini.

 

Untuk itu, sebelum kerjaya anda dibunuh oleh telefon pintar ataupun media sosial, akan lebih baik anda melakukan penilaian peribadi.

 

Tips ini mungkin dapat membantu anda:

 

1)      Hadkan dan atur waktu penggunaan telefon pintar ataupun akses ke akaun social media anda. Pastikan bahawa teknologi tidak menghalang produktiviti anda dalam bekerja.

 

2)      Hiduplah di dunia nyata, jika anda menghantar sesuatu di laman sosial atau blog anda, pastikan bahawa hal itu adalah sesuatu yang anda bersedia untuk umumkan pada semua rakan anda.

 

3)      Lakukan diet digital, hal ini penting untuk jiwa anda. Lakukan hal ini sebagai detox dari pergantungan teknologi, dan nikmati saat-saat itu dengan membina hubungan dengan keluarga dan sahabat.

 

4)      Semasa tidur jauhkan segala peranti teknologi dari tempat tidur anda.

 

5)      Pekalah kepada suara hati anda, jika nurani anda telah memberi amaran kepada anda, lakukanlah tindakan secepatnya sebelum terlambat.

 

6)      Ingatlah bahawa teknologi diciptakan untuk mempermudah kehidupan manusia, bukan menyulitkan atau bahkan merosakkan. Pastikan anda bijaksana dalam memanfaatkan teknologi.

 


*Sumber diambil dari SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan