Riyadh: Kerajaan Arab Saudi semalam mengumumkan perubahan cuti hujung minggu negara itu kepada Jumaat dan Sabtu bermula minggu depan.
Langkah itu diharap dapat membawa minggu bekerja di Saudi lebih dekat dengan negara lain dan meningkatkan hubungan perdagangan antarabangsa.
Negara ekonomi terbesar di dunia Arab itu adalah satu-satunya negara anggota Majlis Kerjasama Teluk yang bercuti hujung minggu Khamis dan Jumaat selepas Oman menukar cuti hujung minggunya kepada Jumaat dan Sabtu bulan lalu.
Raja Abdullah mengeluarkan dikri mengumumkan keputusan bersejarah itu meskipun ada beberapa pihak membantah rancangan itu sebelum ini.
Menurut dikri itu, keputusan berkenaan bertujuan melindungi ‘kepentingan awam dan memenuhi komitmen Saudi di peringkat serantau dan antarabangsa.’ - AP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan