Rabu, 12 Jun 2013

Apple perkenal Radio iTunes

NAIB Presiden Kanan Apple, Eddy Clue memperkenalkan Radio iTunes pada Persidangan Para Pemaju Perisian Apple Seluruh Dunia di San Francisco kelmarin.

 

SAN FRANCISCO, 11 Jun 2013 - Syarikat komputer Apple kelmarin memperkenalkan perkhidmatan radio internet, Radio iTunes.

 

Dalam satu kenyataan, Apple menyatakan, Radio iTunes akan memulakan perkhidmatan di Amerika Syarikat pada musim luruh tahun ini.

 

Perkhidmatan tersebut yang mengandungi iklan ditawarkan secara percuma manakala pelanggan kedai muzik internet iTunes Match pula boleh memuat turun versi tanpa iklan yang dikenakan caj AS$25 (RM78) setahun.

 

Perkhidmatan Radio iTunes itu diperkenalkan pada Persidangan Para Pemaju Perisian Apple seluruh dunia di sini.

 

Pada bulan lalu, gergasi internet AS, Google Inc. melancarkan langganan perkhidmatan muzik internet, All Access.

 

Apple merupakan perintis jualan muzik dalam talian. - AP

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan