Selasa, 4 Jun 2013

3 dirawat kerana virus MERS

VENICE, 3 Jun 2013 - Dua dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan kini dirawat di hospital disebabkan virus korona.

 

Mereka yang sedang mendapat rawatan itu merupakan kes terbaru disebabkan virus korona yang seakan-akan SARS.

 

Difahamkan virus yang menyerang dikenali sebagai Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS).

 

Menurut Kementerian Kesihatan, seorang lelaki  berusia 45 tahun yang baru pulang dari lawatan 40 hari ke Jordan dimasukkan ke hospital Sabtu lalu kerana mengalami demam panas, batuk dan berhadapan masalah pernafasan.

 

Kanak-kanak berusia dua tahun dan seorang wanita yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu turut dijangkiti virus itu dan mengalami masalah pernafasan.

 

Ketiga-tiga pesakit kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sedang menerima rawatan secara berasingan.

 

“Pada masa ini, keadaan masih terkawal,” kata Menteri Kesihatan, Beatrice Lorenzin.

 

Kebanyakan mangsa pernah melawat negara timur tengah seperti Qatar, Arab Saudi, Jordan atau Pakistan.

 

SARS pernah menjadi wabak global dan mengorbankan kira-kira 800 orang pada 2003.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan