Rabu, 22 Mei 2013

Rinehart kekal orang terkaya di Australia

SYDNEY, 22 Mei 2013 - Bilionair perlombongan, Gina Rinehart masih kekal sebagai individu terkaya di Australia meskipun jumlah kekayaan beliau susut sebanyak AS$6.8 billion (RM20.5 bilion), menurut indeks yang dikeluarkan oleh Business Review Weekly (BRW).

Rinehart, waris empayar bijih besi mengungguli senarai 200 orang terkaya di negara ini dengan jumlah kekayaan dianggarkan sebanyak dolar Australia 22.02 bilion (RM64.9 bilion) untuk tahun ketiga berturut-turut.

 

Jutawan pusat beli-belah Westfield, Frank Lowy naik satu anak tangga ke tempat kedua dengan anggaran jumlah kekayaan sebanyak dolar Australia 6.87 bilion (RM20.2 bilion)

 

Tempat ketiga milik taikun perjudian dan perniagaan perkhidmatan, James Packer dengan anggaran jumlah kekayaan sebanyak dolar Australia 6 bilion (RM17.6 bilion). - AFP

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan