KUALA LUMPUR, 29 Mei 2013 - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam, semalam menggesa Kementerian Kesihatan melarang penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung gandum.
Mereka bimbang penggunaan bahan itu walaupun dibenarkan pada skala kecil iaitu tidak lebih 50 miligram (mg)/kilogram (kg) untuk bertindak sebagai ejen pemutih, dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan pengguna.
Jurucakap NGO itu yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata ada sebilangan syarikat pengimport dan pengeluar tepung di negara ini menggunakan benzoyl peroxide bagi memutihkan kembali warna tepung itu.
Katanya, langkah diambil syarikat berkenaan selepas dipercayai memperoleh bekalan tepung terpakai yang warnanya sudah bertukar kehitaman atau kekuningan dari pasaran antarabangsa sebelum dijual semula di Malaysia.
Nutrisi semula jadi hilang
“P |
enambahan benzoyl peroxide menyebabkan semua nutrisi semula jadi (dalam tepung) hilang. Bagi memastikan nutrisinya terus ada, mereka menggunakan bahan bijirin seperti vitamin B1, dipercayai diperoleh dari sumber babi kerana ia lebih murah dan mudah didapati,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus bahan nutrisi. Mengikut laporan Kementerian Kesihatan penggunaan bahan kimia itu dalam tepung gandum sebagai penyesuai makanan dibenarkan di negara ini tetapi tidak lebih daripada 50 mg/kg.
Bagaimanapun, Nadzim berkata, budaya rakyat Malaysia yang kerap menggunakan dan bergantung kepada makanan berasaskan tepung seperti roti canai, kuih dan roti menyebabkan pengambilan terhadap bahan kimia itu menjadi tinggi.
Beliau berkata, hanya satu atau dua saja syarikat pengimport tepung di Malaysia menggunakan bahan kimia itu dalam mengeluarkan produk berkenaan, selebihnya tidak menggunakan. - BH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan