RIYADH, 30 Mei 2013 - Kementerian Kesihatan Arab Saudi, kelmarin mengumumkan lima kes baru jangkitan virus berbahaya seperti Sars di timur negara itu.
Pengumuman tersebut dibuat selepas mangsa pertama warga Perancis yang dijangkiti virus NCov-EMC dilaporkan meninggal dunia pada hari sama.
Menurut kementerian tersebut kepada AFP, kebanyakan mangsa berumur antara 73 tahun dan 85 tahun serta turut diserang penyakit kronik.
Sehingga kini, lebih 30 kes telah disahkan termasuk 18 kematian di negara itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan