Khamis, 23 Mei 2013

Ibu pejabat Amazon bercirikan alam sekitar

LAKARAN artis menunjukkan ibu pejabat syarikat Amazon yang berbentuk kubah berkaca di bandar raya Seattle.

 

BANDAR RAYA SEATTLE, Amerika Syarikat, 22 Mei 2013 - Syarikat peruncitan terkenal di internet, Amazon akan membina ibu pejabatnya yang bercirikan alam sekitar di sini.

 

Ibu pejabat itu kelihatan seperti sebuah rumah hijau yang moden apabila keseluruhan bangunannya diliputi dengan kaca.

 

Syarikat itu mahu para pekerjanya bekerja dalam suasana seperti mereka berada di dalam sebuah taman.

 

Bagaimanapun, bangunan tersebut yang mempunyai dua buah kubah berkaca itu dijangka mengambil masa selama tiga tahun untuk dibina.

 

Pelan pembinaan ibu pejabat itu akan dihantar kepada pihak pentadbiran bandar raya Seattle dalam minggu ini. - Agensi

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan