Isnin, 27 Mei 2013

Harga iPhone 5 mula merudum

DUBAI, 26 Mei 2013 - Ketika khabar angin mengenai kemunculan iPhone 5S semakin kuat, harga iPhone 5 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mula merosot, dengan sesetengah tempat mencatatkan penurunan 19 peratus.

Apple Store di UAE kini menjual iPhone 5 pada harga RM2,146 untuk model 16GB dengan janji produk itu akan diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam.

 

Sementara itu, harga purata produk sama di kedai utama lain di UAE adalah kira-kira RM2,270.

 

Bagaimanapun, mulai semalam, rangkaian pasar raya Carrefour di UAE menawarkan iPhone 5 pada harga RM2,047 dengan tambahan kupon bernilai RM206 - menjadikan produk itu bernilai hanya RM1,841. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan